Konichiwa~ Assalamualaikum dan Oyasuminasai!!
Pada malam ini, saya ingin menghasilkan satu cerita seram untuk tatapan anda semua. Saya menghasilkan cerita ini dengan imaginasi saya yang berlatarkan watak anime. Inikan blog yang menceritakan kisah atau budaya berdasarkan anime. Jadi saya harap anda semua dapat berimaginasi seperti saya ketika sedang membaca cerita yang saya hasilkan ini. Enjoy yourself :)
...KITA AKAN MULAKAN...
Ada sesuatu...yang mengganggu aku...
"Namiko? Kenapa termenung ni? Esok kamu kena ke sekolah. Baik tidur sekarang"
Namiko tersedar dari lamunan. Dia menoleh ke belakang. Tiada siapa. Oh, tidak. Kenapa aku selalu kena ganggu, detik hati Namiko. Namiko segera menutup buku cerita yang diberikan oleh ibunya ketika dia masih kecil.
Ibu..ke mana ibu pergi..kalau ibu sudah tiada di dunia ini, kenapa mesti ibu mengganggu hidup Namiko? Namiko sudah tidak tahan dengan semua ini..
Namiko segera memasukkan buku cerita tersebut ke dalam laci mejanya. Sekarang dia tinggal berseorangan di rumah peninggalan ibu bapanya. Namiko melihat ke arah jam locengnya yang berada di atas meja. Sudah pukul 2 pagi. Namiko melihat ke arah pintu biliknya.. Dia seperti dapat melihat bayangan ibunya tersenyum ke arahnya... Huh... Namiko mengeluh... Dia bangun dari kerusi lalu merebahkan badannya ke atas tilam yang empuk.
Tidak lama kemudian, Namiko terlelap..
"Namiko! Namiko! Tolong...isk...isk...! Namiko!!"
Namiko tersedar dari lenanya. Oh Tuhan! Apakah yang berlaku tadi? Namiko segera menoleh ke arah tingkap yang bersebelahan dengan katilnya. Sudah pagi. Jam locengnya juga telah lama menjerit. Namiko baring semula. Entah mengapa, dia rasa amat penat sangat. Adakah aku perlu ke sekolah hari ni?
Ding Dong... Ding Dong...
Namiko segera bangun dari katilnya. Hmm..siapa pula yang datang pagi-pagi ni? Apabila mendengar loceng rumah ditekan lagi, Namiko segera turun ke tingkat bawah. Namiko membuka pintu rumahnya.
"Hai Namiko. Awak tak pergi ke sekolah hari ni? Saya datang ni sebab nak pergi sekolah dengan awak," ujar seorang lelaki yang bagi Namiko tidaklah begitu menarik penampilannya.
Namiko hanya memandang lelaki tersebut dari atas hinggalah ke bawah. Sudah lengkap dengan uniform sekolah tinggi. Biasa sahaja dia ni. Kenapa ramai perempuan yang nak dekat mamat ni?
"Hari ni saya rasa tak sihat sikit. Saya nak duduk di rumah sahaja. Awak ni bersemangat betullah Takuya. Saya langsung tak bersemangat hari ni," ujar Namiko kepada Takuya.
Tapak tangan Takuya segera dilekapkan ke dahi Namiko. Namiko hanya membatukan diri. Membiarkan sahaja perbuatan Takuya. Ah, lelaki ni sangat baik. Tidak seperti lelaki yang lain. Namiko berkata dalam hati.
"Awak demamlah Namiko. Awak mahu duduk dirumah sahaja? Tak apakah? Awak boleh je berehat di bilik kesihatan", ujar Takuya. Takuya amat mencintai Namiko kerana baginya Namiko adalah gadis yang amat berbeza dan sangat menarik di matanya. Takuya pernah meluahkan perasaannya kepada Namiko, namun Namiko tak pernah balas perasaannya. Malah Namiko tetap menunjukkan reaksi seperti tiada apa yang berlaku di antara mereka.
Namiko tidak menjawab lalu menutup pintu rumahnya. Malas dia mahu berlama-lama di situ. Dia rasa seperti mahu baring di atas katil. Tiba-tiba dia teringatkan tentang mimpi yang mengganggu tidurnya. Namiko mahu mencari apakah maksud di sebalik mimpinya itu. Dia segera naik ke tingkat atas lalu masuk ke dalam biliknya. Dia tuup pintu serta langsir agar dapat tidur dengan lena. Setelah selesai, Namiko terus rebahkan badannya ke atas katil. Lalu dia terlelap...
Di satu tempat yang asing...
"Dimana ni?"
Namiko menoleh ke kanan dan kiri. Tiada apa di situ. Hanya kegelapan yang menemaninya. Namiko cuba berjalan ke hadapan dan berharap dapat menemui sesuatu yang boleh membantunya.
Tiba-tiba, kaki Namiko tersadung pada batu yang entah daripada mana ianya muncul. Ketika Namiko bangun, dia melihat sebuah rumah yang amat familiar baginya berada di hadapannya. Suasana yang tadinya gelap telah berubah menjadi cerah. Namiko meneruskan langkahnya menuju ke rumah tersebut.
Namiko membuka pintu rumah tersebut apabila berada betul-betul di hadapan rumah tersebut. Tiba-tiba di terdengar suara seorang ibu yang sedang bergurau dengan anaknya yang masih kecil. Namiko terus sahaja masuk ke dalam rumah tersebut lalu mencari dari manakah datangnya suara tersebut. Namiko berjaya menemukan empunya suara tersebut. Sebaik sahaja wanita yang kelihatan seperti ibu itu menoleh, Namiko terkejut!
Oh tidak! Apakah...
Baiklah, sampai di sini sahaja dahulu. Maafkan saya kerana tak dapat menyambung cerita ini. Masa tidak mengizinkan. Insya-Allah, ada masa saya akan menyambung semula cerita ini. Jumpa lagi semua~
~OYASUMINASAI! ARIGATO GOZAIMASU!~