Enjoy My Favourite Songs ^_^

Rabu, 7 Januari 2015

The Mysterious Dream ( reality or just dream? ) part 1/2


Konichiwa~ Assalamualaikum dan Oyasuminasai!!

Pada malam ini, saya ingin menghasilkan satu cerita seram untuk tatapan anda semua. Saya menghasilkan cerita ini dengan imaginasi saya yang berlatarkan watak anime. Inikan blog yang menceritakan kisah atau budaya berdasarkan anime. Jadi saya harap anda semua dapat berimaginasi seperti saya ketika sedang membaca cerita yang saya hasilkan ini. Enjoy yourself :)

...KITA AKAN MULAKAN...

Ada sesuatu...yang mengganggu aku...

    "Namiko? Kenapa termenung ni? Esok kamu kena ke sekolah. Baik tidur sekarang"

    Namiko tersedar dari lamunan. Dia menoleh ke belakang. Tiada siapa. Oh, tidak. Kenapa aku selalu kena ganggu, detik hati Namiko. Namiko segera menutup buku cerita yang diberikan oleh ibunya ketika dia masih kecil. 

    Ibu..ke mana ibu pergi..kalau ibu sudah tiada di dunia ini, kenapa mesti ibu mengganggu hidup Namiko? Namiko sudah tidak tahan dengan semua ini..

    Namiko segera memasukkan buku cerita tersebut ke dalam laci mejanya. Sekarang dia tinggal berseorangan di rumah peninggalan ibu bapanya. Namiko melihat ke arah jam locengnya yang berada di atas meja. Sudah pukul 2 pagi. Namiko melihat ke arah pintu biliknya.. Dia seperti dapat melihat bayangan ibunya tersenyum ke arahnya... Huh... Namiko mengeluh... Dia bangun dari kerusi lalu merebahkan badannya ke atas tilam yang empuk.

    Tidak lama kemudian, Namiko terlelap..

    "Namiko! Namiko! Tolong...isk...isk...! Namiko!!"

    Namiko tersedar dari lenanya. Oh Tuhan! Apakah yang berlaku tadi? Namiko segera menoleh ke arah tingkap yang bersebelahan dengan katilnya. Sudah pagi. Jam locengnya juga telah lama menjerit. Namiko baring semula. Entah mengapa, dia rasa amat penat sangat. Adakah aku perlu ke sekolah hari ni? 

    Ding Dong... Ding Dong...

    Namiko segera bangun dari katilnya. Hmm..siapa pula yang datang pagi-pagi ni? Apabila mendengar loceng rumah ditekan lagi, Namiko segera turun ke tingkat bawah. Namiko membuka pintu rumahnya. 

    "Hai Namiko. Awak tak pergi ke sekolah hari ni? Saya datang ni sebab nak pergi sekolah dengan awak," ujar seorang lelaki yang bagi Namiko tidaklah begitu menarik penampilannya.

    Namiko hanya memandang lelaki tersebut dari atas hinggalah ke bawah. Sudah lengkap dengan uniform sekolah tinggi. Biasa sahaja dia ni. Kenapa ramai perempuan yang nak dekat mamat ni?

    "Hari ni saya rasa tak sihat sikit. Saya nak duduk di rumah sahaja. Awak ni bersemangat betullah Takuya. Saya langsung tak bersemangat hari ni," ujar Namiko kepada Takuya.

    Tapak tangan Takuya segera dilekapkan ke dahi Namiko. Namiko hanya membatukan diri. Membiarkan sahaja perbuatan Takuya. Ah, lelaki ni sangat baik. Tidak seperti lelaki yang lain. Namiko berkata dalam hati.

    "Awak demamlah Namiko. Awak mahu duduk dirumah sahaja? Tak apakah? Awak boleh je berehat di bilik kesihatan", ujar Takuya. Takuya amat mencintai Namiko kerana baginya Namiko adalah gadis yang amat berbeza dan sangat menarik di matanya. Takuya pernah meluahkan perasaannya kepada Namiko, namun Namiko tak pernah balas perasaannya. Malah Namiko tetap menunjukkan reaksi seperti tiada apa yang berlaku di antara mereka.

    Namiko tidak menjawab lalu menutup pintu rumahnya. Malas dia mahu berlama-lama di situ. Dia rasa seperti mahu baring di atas katil. Tiba-tiba dia teringatkan tentang mimpi yang mengganggu tidurnya. Namiko mahu mencari apakah maksud di sebalik mimpinya itu. Dia segera naik ke tingkat atas lalu masuk ke dalam biliknya. Dia tuup pintu serta langsir agar dapat tidur dengan lena. Setelah selesai, Namiko terus rebahkan badannya ke atas katil. Lalu dia terlelap...

   Di satu tempat yang asing...
   
   "Dimana ni?"
  
   Namiko menoleh ke kanan dan kiri. Tiada apa di situ. Hanya kegelapan yang menemaninya. Namiko cuba berjalan ke hadapan dan berharap dapat menemui sesuatu yang boleh membantunya.

   Tiba-tiba, kaki Namiko tersadung pada batu yang entah daripada mana ianya muncul. Ketika Namiko bangun, dia melihat sebuah rumah yang amat familiar baginya berada di hadapannya. Suasana yang tadinya gelap telah berubah menjadi cerah. Namiko meneruskan langkahnya menuju ke rumah tersebut. 

   Namiko membuka pintu rumah tersebut apabila berada betul-betul di hadapan rumah tersebut. Tiba-tiba di terdengar suara seorang ibu yang sedang bergurau dengan anaknya yang masih kecil. Namiko terus sahaja masuk ke dalam rumah tersebut lalu mencari dari manakah datangnya suara tersebut. Namiko berjaya menemukan empunya suara tersebut. Sebaik sahaja wanita yang kelihatan seperti ibu itu menoleh, Namiko terkejut!

   Oh tidak! Apakah...

Baiklah, sampai di sini sahaja dahulu. Maafkan saya kerana tak dapat menyambung cerita ini. Masa tidak mengizinkan. Insya-Allah, ada masa saya akan menyambung semula cerita ini. Jumpa lagi semua~

~OYASUMINASAI! ARIGATO GOZAIMASU!~
















Rabu, 17 Disember 2014

How To Draw An Anime :)


~KONNICHIWA!!~

Hari ini saya akan kongsikan dengan anda atau memberikan sedikit maklumat bagaimana nak lukis anime. Saya mula belajar melukis semasa saya darjah 3. Ops, bukan lukisan biasa tau. Saya lukis anime. Hahaha... Dan masa saya darjah 3 jugalah saya kenal dengan komik. Bila darjah 5 saya mula menjinakkan diri dengan komik. Ada duit sendiri, mulalah beli komik. Sekarang ni pun dalam tangan cuma ada 20 lebih buah buku komik. Sikit sangat. Tapi tak mengapa. Dah ada duit sendiri, belilah... Hahaha.. :)

1. HOW TO DRAW ANIME HEADS

Baiklah, kita mulakan dengan bahagian kepala anime dulu ya.. Maaf, kali ni bukan saya yang lukis sendiri..Copy dari web je.. Gambar yang saya pernah ambil sebagai contoh untuk belajar melukis :)


Anda juga boleh gunakan cara seperti di bawah ini.. Mungkin lebih mudah bagi anda :)



atau di bawah ini..


Baiklah, kita sudah selesai pada bahagian kepala. Seterusnya kita pergi ke bahagian badan pula. Berusaha ya semua!!:)

2. HOW TO DRAW ANIME BODY

Kali ini pula pada bahagian badan. Susah sedikit.. Saya pun tak mahir lagi dalam melukis pada bahagian badan. Tapi tak mengapa, janagan risau. Kalau berusaha, kita mesti dapat :)


Yang atas ini adalah contoh rangka badan bagi perempuan. Tapi, kita juga boleh gunakan contoh di atas ini untuk melukis badan anime lelaki :) Baiklah, yang bawah ini juga anda boleh jadikannya sebagai rangka untuk anda melukis..



Baiklah, kita sudah selesai untuk bahagian badan. Maaf, saya tak boleh nak kongsikan bagaimana cara nak lukis bahagian badan daripada pandangan tepi, belakang dan atas sebab saya juga masih lagi tak mehir dalam bahagian badan.

3. HOW TO DRAW ANIME HANDS

Kali ini pula pada bahagian tangan. Saya masih lagi tak mahir dalam melukis pada bahagian tangan. Tapi, saya akan kongsikan dengan anda semua juga ya :)


Di atas ni adalah cara nak lukis bahagian tangan. Anda boleh cuba. Yang di bawah pula adalah cara melukis bahagian tangan dengan cara yang simple. Saya biasa lukis tangan tanpa ikut cara. Lebih senang :P


Baiklah, kita sudah selesai!! Sabar, masih ada lagi. Kali ini pada bahagian mata pula. Pada bahagian mata kali ini adalah yang terakhir :)

4. HOW TO DRAW ANIME EYES

Gommenasai. Saya silap. Lepas ini ada contoh rambut anime yang boleh cuba dilukis oleh anda semua. Harap maaf >.< Kita sambung ya :)



Yang di atas ini cara melukis mata anime. Saya tidak melukis mata seperti ini. Hahaha:)



Yang di atas ini pula cara melukis mata dengan mulakan base yang senang. Lepastu, pandai-pandai lah mempercantikkan ya :)



Kali ini jenis mata yang anda boleh cuba melukisnya. Base mata ini dah ada dekat sebelah lukisan mata tu. Senang sikit nak faham :) Baiklah, kita akan teruskan pada contoh gaya rambut yang boleh anda cuba lukis.

5. EXAMPLES OF ANIME HAIRSTYLES




Di atas ini adalah contoh gaya rambut anime lelaki yang anda boleh lukiskan untuk karakter anime yang anda hasilkan.


Kali ini pula gaya rambut bagi anime perempuan yang biasa terdapat dalam manga yang bertemakan kisah cinta dan remaja :)


Ini pula adalah gaya rambut anime perempuan yang biasanya terdapat dalam manga yang bertemakan kuasa magik atau alam fantasi.



Yang ini pula adalah gaya rambut anime perempuan yang bagi saya sangat hebat. Haha. Sebab saya pun tak boleh nak lukis gaya rambut macam di atas ni :)

Baiklah, kita dah habis kali ini. Penat betul jari jemari ni menaip. Hahaha. Apa - apapun, saya gembira sebab berjaya menyelesaikannya. Saya harap dengan maklumat yang saya kongsikan ini dapat membantu anda semua. Kita jumpa lagi di lain masa!! Sayounara !! 



p/s: Kalau nak mahir melukis, mula-mula cari satu gambar and then cuba lukis ikut gambar tu. Memanglah mula-mula nampak buruk. Tapi, percayalah, nanti lama-lama anda semua akan mahir melukis. Tak payah tengok mana-mana buku pun tak mengapa. Tapi, janganlah kedekut ilmu bila dah pandai melukis ya:) Assalamualaikum...
















Isnin, 15 Disember 2014

Sinopsis Another Anime



    Assalamualaikum, bertemu lagi kita. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama saya. Arigato Gozaimasu!! Kali ini saya ingin berkongsi tentang cerita yang sudah saya tonton. Ketika saya menonton cerita ini, saya keliru pada mulanya. Saya tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh cerita ini kepada para penonton. Namun, saya berjaya habis menonton cerita ini. Ada seorang kawan saya beritahu saya tentang cerita ini. Dia suruh saya tonton cerita ini. Lagipun saya amat meminati cerita genre seram. Baiklah, saya akan mula menaip sinopsis cerita ini.





     Another ialah filem anime Jepun yang seram. Another ialah novel misteri dan horror iaitu karya Yokito Ayatsuji, yang diterbitkan pada tanggal 29 Oktober 2009 oleh Kadokawa Shoten.

    Pada tahun 1972, seorang pelajar yang bijak, disenangi ramai, baik hati serta popular telah meninggal secara misteri ketika masih lagi belajar di sekolah Yomiyama North Middle School dan merupakan salah seorang pelajar kelas 3-3. Semua terkejut akan kematiannya yang secara tiba-tiba. Namun begitu, ada pelajar iaitu rakan kepadanya mengatakan bahawa dia masih hidup. Rakannya berkata, "Ia tidak mati, ia masih di sini..".

    Sejak itu, para guru dan semua pelajar memperlakukan seperti pelajar tersebut masih lagi hidup. Ketika penyampaian kelulusan dijalankan, satu kerusi telah disediakan khas untuk pelajar itu. Dan ketika itulah, peristiwa yang amat misteri mula berlaku. Ketika kelas 3-3 sedang bergambar, mereka terlihat, di dalam foto tersebut, kelihatan pelajar tersebut munculkan dirinya sambil tersenyum...




    Ini adalah Sakakibara Kouichi. Sakakibara ialah seorang pelajar yang berpindah dari Tokyo ke sekolah tersebut dan merupakan salah seorang pelajar kelas 3-3. Sakakibara terkena satu penyakit sebelum dia pindah ke sekolah tersebut. Ketika dia berpindah ke sekolah tersebut, tiada siapa yang menceritakan tentang kisah misteri tersebut kepadanya sehinggalah dia bertemu seorang perempuan yang amat misteri juga menceritakan kisah penuh misteri itu kepadanya...





    Ini pula adalah Misaki Mei. Seorang pelajar perempuan kelas 3-3 yang penuh misteri yang menceritakan kisah pelajar tersebut kepada Sakakibara. Di dalam kelas, mereka menganggap Misaki seperti tidak ada kecuali Sakakibara yang teramat rapat dengannya. Misaki Mei juga pernah memberitahu Sakakibara bahawa semua yang berada dalam kelas 3-3 memperlakukannya seperti dia langsung tak wujud di muka bumi ini.

    Sakakibara bertemu dengan Misaki ketika dia sedang menaiki lif di hospital pada waktu malam. Ketika dia masuk ke dalam lif, dia ternampak seorang perempuan yang memakai 'eyepatch' di sebelah kiri matanya. Dan gadis itu memegang sebuah boneka yang kelihatan agak menyeramkan. Sakakibara bertanya Misaki ke mana dia hendak pergi. Misaki menjawab,"aku mahu menghantar sesuatu kepada temanku..". Sakakibara bertanya samada bonekakah yang akan dia berikan. Misaki menjawab tanpa memandang langsung ke arah Sakaikbara, "Kenapa? Tak salah kan...". Ketika lif berhenti, Misaki keluar dari lif dan menuju ke BILIK MAYAT.. Dalam keadaan yang gelap gelita, Sakakibara sempat bertanya namanya. " Mei....Misaki Mei...", jawabnya tanpa menoleh ke belakang sambil berhenti seketika. Dalam keadaan yang gelap, perlahan-lahan Misaki hilang dari pandangan menuju ke bilik mayat yang sunyi sepi...






   Baiklah, kita sambung semula..

   Pada tahun 1988, Sakakibara kouichi berpindah dari Tokyo ke sekolah tersebut. Dia tinggal di sana bersama kakak dan neneknya serta Reiko (tidak tahu siapa, maaf..) sementara ayahnya berada di India. Namun, Sakakibara tidak terus masuk ke sekolah pada hari pertama kerana sakit yang menyerangnaya.
   
    Ketika dia berada di hospital, dia dikunjungi oleh tiga orang rakan sekelasnya iaitu, Izumi Akazawa, Yukari Sakuragi dan Tomohiko Kazami. Ketika dia memasuki lif, dia tidak sengaja terserempak dengan gadis yang memakai pakaian seragam yang juga sama dengannya iaitu Misaki Mei.

   
                            # Dari kiri, Izumi Akazawa, Tomohiko Kazami dan Yukari Sakuragi.

    Hmm...baiklah kamu semua. Saya terpaksa berhenti sampai sini sahaja. Kalau nak tahu lebih jelas lagi pasal cerita ini, tontonlah "Another Anime". Yang saya tahu, cerita ini mengandungi 12 episod. Saya harap anda semua 'enjoy' masa tonton cerita ini. Rungkaikan segala misteri, ya!! Maaf jika ada kesalahan yang saya buat... Jika saya salah, beritahu saya dengan segera ya. ^_^ Arigatou Gozaimasu... Assalamualaikum~

p/s: Misaki Mei mempunyai seorang kembar yang bernama Misaki Fujioka. Misaki Fujioka telah meninggal dunia kerana mengidap penyakit 'leukimia'. Misaki Mei amat sedih dengan pemergian kembarnya lalu menghantar sebuah boneka kepadanya ketika dia sudah tiada pada waktu malam di HOSPITAL...



   

 

 
 






Khamis, 11 Disember 2014

Ucapan Harian Dalam Bahasa Jepun


Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya... Arigato Gozaimasu :) Saya baru sahaja belajar bahasa Jepun. Saya ingin kongsi sedikit apa yang telah saya pelajari. Dan saya juga baru sahaja ingin menghasilkan blog untuk kebaikan semua. Sebelum saya mulakan, saya ingin katakan bahawa saya amat meminati anime dan juga teringin menjejakkan kaki ke negara Jepun. Insya-Allah, apabila saya sudah bekerja dan mempunyai wang sendiri, saya akan cuba memenuhi impian saya ini... :)

1. Arigato Gozaimasu (ありがとうございます)
   - Terima kasih
# ungkapan ini biasanya digunakan oleh nihonjin,jika anda semua menonton cerita atau drama jepun. Nihonjin juga biasanya akan mengucapkan Arigato (ありがとう) sahaja.

2. Doitashimashite  (どういたしまして)
   - Sama-sama
# ungkapan bagi membalas ucapan terima kasih.

3. Ohayo Gozaimasu (おはようございます)
  - Selamat pagi
# ungkapan yang diucapkan oleh nihonjin pada waktu pagi. Nihonjin juga biasanya akan mengucapkan Ohayo (おはよう) sahaja.

4. Kon'nichiwa (こんにちは)
   - Selamat Tengah Hari / Hai
# ungkapan ini digunakan untuk mengucapkan Selamat Tengah Hari atau hai dalam bahasa Jepun. Ianya boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.

5. Konbanwa (こんばんは)
   - Selamat Petang
# ungkapan ini digunakan pada waktu petang sahaja. Nihonjin biasanya mengucapkan perkataan ini apabila menegur seseorang.

6. Oyasuminasai (おやすみなさい)
   - Selamat Malam
# ungkapan ini selalu digunakan oleh nihonjin apabila hendak tidur atau bertandang ke rumah orang pada waktu malam.

7. Ittekimasu (行ってきます)
   - Saya pergi dulu
# ungkapan ini biasanya diucapkan oleh nihonjin apabila keluar dari rumah untuk berjalan-jalan, pergi kerja atau ke sekolah.

8. Tadaima (ただいま)
   - Saya sudah pulang
# ungkapan penghormatan apabila nihonjin sudah pulang ke rumah mereka.

9. Sayounara (さようなら)
   - Selamat tinggal
# ungkapan ini biasanya digunakan ketika berpisah daripada jiran atau sahabat-sahabat yang akan berpindah ke tempat lain.

10. Okaerinasai (お帰りなさい)
   - Selamat pulang
# ungkapan ini biasanya diucapkan oleh orang yang berada di dalam rumah apabila terdengar sebutan Tadaima daripada orang yang baru pulang ke rumah.

Baiklah, sampai di sini sahaja yang boleh saya kongsikan. Insya-Allah, kalau saya ada masa lagi, saya akan kongsikan ilmu saya kepada anda semua. Minta kerjasama anda, jika saya tersilap atau tersalah, mohon maklumkan kepada saya. Sesungguhnya, segala kebaikan datangnya daripada Allah S.W.T malah keburukan datangnya daripada saya sendiri. あなたのすべてに感謝. :) Assalamualaikum