Enjoy My Favourite Songs ^_^

Isnin, 15 Disember 2014

Sinopsis Another Anime



    Assalamualaikum, bertemu lagi kita. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama saya. Arigato Gozaimasu!! Kali ini saya ingin berkongsi tentang cerita yang sudah saya tonton. Ketika saya menonton cerita ini, saya keliru pada mulanya. Saya tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh cerita ini kepada para penonton. Namun, saya berjaya habis menonton cerita ini. Ada seorang kawan saya beritahu saya tentang cerita ini. Dia suruh saya tonton cerita ini. Lagipun saya amat meminati cerita genre seram. Baiklah, saya akan mula menaip sinopsis cerita ini.





     Another ialah filem anime Jepun yang seram. Another ialah novel misteri dan horror iaitu karya Yokito Ayatsuji, yang diterbitkan pada tanggal 29 Oktober 2009 oleh Kadokawa Shoten.

    Pada tahun 1972, seorang pelajar yang bijak, disenangi ramai, baik hati serta popular telah meninggal secara misteri ketika masih lagi belajar di sekolah Yomiyama North Middle School dan merupakan salah seorang pelajar kelas 3-3. Semua terkejut akan kematiannya yang secara tiba-tiba. Namun begitu, ada pelajar iaitu rakan kepadanya mengatakan bahawa dia masih hidup. Rakannya berkata, "Ia tidak mati, ia masih di sini..".

    Sejak itu, para guru dan semua pelajar memperlakukan seperti pelajar tersebut masih lagi hidup. Ketika penyampaian kelulusan dijalankan, satu kerusi telah disediakan khas untuk pelajar itu. Dan ketika itulah, peristiwa yang amat misteri mula berlaku. Ketika kelas 3-3 sedang bergambar, mereka terlihat, di dalam foto tersebut, kelihatan pelajar tersebut munculkan dirinya sambil tersenyum...




    Ini adalah Sakakibara Kouichi. Sakakibara ialah seorang pelajar yang berpindah dari Tokyo ke sekolah tersebut dan merupakan salah seorang pelajar kelas 3-3. Sakakibara terkena satu penyakit sebelum dia pindah ke sekolah tersebut. Ketika dia berpindah ke sekolah tersebut, tiada siapa yang menceritakan tentang kisah misteri tersebut kepadanya sehinggalah dia bertemu seorang perempuan yang amat misteri juga menceritakan kisah penuh misteri itu kepadanya...





    Ini pula adalah Misaki Mei. Seorang pelajar perempuan kelas 3-3 yang penuh misteri yang menceritakan kisah pelajar tersebut kepada Sakakibara. Di dalam kelas, mereka menganggap Misaki seperti tidak ada kecuali Sakakibara yang teramat rapat dengannya. Misaki Mei juga pernah memberitahu Sakakibara bahawa semua yang berada dalam kelas 3-3 memperlakukannya seperti dia langsung tak wujud di muka bumi ini.

    Sakakibara bertemu dengan Misaki ketika dia sedang menaiki lif di hospital pada waktu malam. Ketika dia masuk ke dalam lif, dia ternampak seorang perempuan yang memakai 'eyepatch' di sebelah kiri matanya. Dan gadis itu memegang sebuah boneka yang kelihatan agak menyeramkan. Sakakibara bertanya Misaki ke mana dia hendak pergi. Misaki menjawab,"aku mahu menghantar sesuatu kepada temanku..". Sakakibara bertanya samada bonekakah yang akan dia berikan. Misaki menjawab tanpa memandang langsung ke arah Sakaikbara, "Kenapa? Tak salah kan...". Ketika lif berhenti, Misaki keluar dari lif dan menuju ke BILIK MAYAT.. Dalam keadaan yang gelap gelita, Sakakibara sempat bertanya namanya. " Mei....Misaki Mei...", jawabnya tanpa menoleh ke belakang sambil berhenti seketika. Dalam keadaan yang gelap, perlahan-lahan Misaki hilang dari pandangan menuju ke bilik mayat yang sunyi sepi...






   Baiklah, kita sambung semula..

   Pada tahun 1988, Sakakibara kouichi berpindah dari Tokyo ke sekolah tersebut. Dia tinggal di sana bersama kakak dan neneknya serta Reiko (tidak tahu siapa, maaf..) sementara ayahnya berada di India. Namun, Sakakibara tidak terus masuk ke sekolah pada hari pertama kerana sakit yang menyerangnaya.
   
    Ketika dia berada di hospital, dia dikunjungi oleh tiga orang rakan sekelasnya iaitu, Izumi Akazawa, Yukari Sakuragi dan Tomohiko Kazami. Ketika dia memasuki lif, dia tidak sengaja terserempak dengan gadis yang memakai pakaian seragam yang juga sama dengannya iaitu Misaki Mei.

   
                            # Dari kiri, Izumi Akazawa, Tomohiko Kazami dan Yukari Sakuragi.

    Hmm...baiklah kamu semua. Saya terpaksa berhenti sampai sini sahaja. Kalau nak tahu lebih jelas lagi pasal cerita ini, tontonlah "Another Anime". Yang saya tahu, cerita ini mengandungi 12 episod. Saya harap anda semua 'enjoy' masa tonton cerita ini. Rungkaikan segala misteri, ya!! Maaf jika ada kesalahan yang saya buat... Jika saya salah, beritahu saya dengan segera ya. ^_^ Arigatou Gozaimasu... Assalamualaikum~

p/s: Misaki Mei mempunyai seorang kembar yang bernama Misaki Fujioka. Misaki Fujioka telah meninggal dunia kerana mengidap penyakit 'leukimia'. Misaki Mei amat sedih dengan pemergian kembarnya lalu menghantar sebuah boneka kepadanya ketika dia sudah tiada pada waktu malam di HOSPITAL...



   

 

 
 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan