Enjoy My Favourite Songs ^_^
Khamis, 11 Disember 2014
Ucapan Harian Dalam Bahasa Jepun
Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya... Arigato Gozaimasu :) Saya baru sahaja belajar bahasa Jepun. Saya ingin kongsi sedikit apa yang telah saya pelajari. Dan saya juga baru sahaja ingin menghasilkan blog untuk kebaikan semua. Sebelum saya mulakan, saya ingin katakan bahawa saya amat meminati anime dan juga teringin menjejakkan kaki ke negara Jepun. Insya-Allah, apabila saya sudah bekerja dan mempunyai wang sendiri, saya akan cuba memenuhi impian saya ini... :)
1. Arigato Gozaimasu (ありがとうございます)
- Terima kasih
# ungkapan ini biasanya digunakan oleh nihonjin,jika anda semua menonton cerita atau drama jepun. Nihonjin juga biasanya akan mengucapkan Arigato (ありがとう) sahaja.
2. Doitashimashite (どういたしまして)
- Sama-sama
# ungkapan bagi membalas ucapan terima kasih.
3. Ohayo Gozaimasu (おはようございます)
- Selamat pagi
# ungkapan yang diucapkan oleh nihonjin pada waktu pagi. Nihonjin juga biasanya akan mengucapkan Ohayo (おはよう) sahaja.
4. Kon'nichiwa (こんにちは)
- Selamat Tengah Hari / Hai
# ungkapan ini digunakan untuk mengucapkan Selamat Tengah Hari atau hai dalam bahasa Jepun. Ianya boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.
5. Konbanwa (こんばんは)
- Selamat Petang
# ungkapan ini digunakan pada waktu petang sahaja. Nihonjin biasanya mengucapkan perkataan ini apabila menegur seseorang.
6. Oyasuminasai (おやすみなさい)
- Selamat Malam
# ungkapan ini selalu digunakan oleh nihonjin apabila hendak tidur atau bertandang ke rumah orang pada waktu malam.
7. Ittekimasu (行ってきます)
- Saya pergi dulu
# ungkapan ini biasanya diucapkan oleh nihonjin apabila keluar dari rumah untuk berjalan-jalan, pergi kerja atau ke sekolah.
8. Tadaima (ただいま)
- Saya sudah pulang
# ungkapan penghormatan apabila nihonjin sudah pulang ke rumah mereka.
9. Sayounara (さようなら)
- Selamat tinggal
# ungkapan ini biasanya digunakan ketika berpisah daripada jiran atau sahabat-sahabat yang akan berpindah ke tempat lain.
10. Okaerinasai (お帰りなさい)
- Selamat pulang
# ungkapan ini biasanya diucapkan oleh orang yang berada di dalam rumah apabila terdengar sebutan Tadaima daripada orang yang baru pulang ke rumah.
Baiklah, sampai di sini sahaja yang boleh saya kongsikan. Insya-Allah, kalau saya ada masa lagi, saya akan kongsikan ilmu saya kepada anda semua. Minta kerjasama anda, jika saya tersilap atau tersalah, mohon maklumkan kepada saya. Sesungguhnya, segala kebaikan datangnya daripada Allah S.W.T malah keburukan datangnya daripada saya sendiri. あなたのすべてに感謝. :) Assalamualaikum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
titanium price per ounce of beef | TITanium Arts
BalasPadam› › apple watch 6 titanium Beef- titanium septum jewelry › › Beef- 4,962 ounces are a titanium white rocket league great choice when making steak. The prices that come with an adjustable prices are: 1. microtouch titanium trim as seen on tv Regular titanium dab tool price $3.50. Regular price $7.50